Monday, 25 July 2011

MeNcArI ErTi cInTa, CiNtAiLaH KeRaNa ALLAH....






Cinta hakiki adalah cinta kepada Allah.. Cinta yang tidak pernah mati, tidak pernah membuatkan pencintanya menangis, apatah lagi membuatkannya kecewa.. Itulah cinta yang paling agung, iaitu cinta pada Ilahi..

Namun sebagai manusia biasa, aku tidak dapat menolak bahawa aku harus menyayangi seseorang di dalam hidup yang sementara ini, agar tidak merasa kesunyian, tidak merasa kebosanan, dan untuk melengkapi diri dengan kebahagiaan walaupun bersifat sementara..

Hakikatnya, di mana bermulanya cinta yang sudah tentu diliputi dengan kebahagiaan, ianya pasti diakhiri dengan tangisan, menandakan bahawa berpisahnya seseorang dengan orang yang disayangi, samada bercerai hidup,mahupun bercerai mati..

Itulah kegelisahan aku apabila menyintai manusia.. Cinta itu pastikan berakhir dengan tangisan..

Untuk itu, aku sentiasa berdoa agar cinta ini hanya tetap padaMu Allah.. dan hanya kasih yang mampu aku berikan untuk manusia.. Aku sentiasa berharap agar hati aku tidak mudah goyang dengan pujukan dunia dan hawa nafsu, di mana apabila aku melihat manusia berkasih-kasihan dengan membelakangi Yang Maha Berkuasa, penuh hawa nafsu, cinta palsu, cinta yang memperdayakan.. nauzubillah..

Walaupun hakikatnya pasangan ini kemungkinan mengakhiri hubungan mereka dijinjang pelamin, namun apakah keredhaan Allah bersama mereka seiring dengan kemungkaran yang mereka lakukan sebelum bernikah dahulu? Allah.. sesungguhnya berat sungguh melawan hawa nafsu.. Benarlah Allah berfirman bahawa jihad yang paling utama adalah jihad melawan hawa nafsu..

Aku diambang perhubungan dengan manusia.. dan aku kasihi dia hanya kerana Engkau, ya Allah.. sungguh, bertalu2 msg ditanyakan tentang dia.. dan tak kurang juga yang seolah-olah cemburu.. bagi aku, dia cukup sempurna secara luarannya, dan juga kukuh secara ekonominya.. dia juga tidak merokok.. alhamdulillah..namun, secara lahiriahnya, manusia sesungguhnya tidak sempurna, sama juga dengan aku.. tidak pernah sempurna.. maka aku tidak melihat pada kesempurnaannya di mata manusia..

No comments:

Post a Comment