Saturday, 23 July 2011

kEsaTlaH AiRmAtAmU wAhAi wAnItA.....

"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

kesatlah airmata mu wahai wanita..jangan mudah menyerah kepada lelaki yang hanya bertopengkan syaitan..bangkitlah dari kesilapan masa lalu...berazam lah demi mencapai matlamat yang nyata..bukan hanya dengan menyerah kepada lelai yang pandai mengutarakan janji manis tapi berintikan hempedu..

insyaallah..
suami yang baik akan dikurniakan kepada kita kalau kita juga baik...jadi wahai wanita janganlah kita mudah menyerah kalah..berjuanglah demi masa depan mu...JANGAN MUDAH MENYERAH KALAH..
peganglah kata kata itu..

janganlah kita tumpahkan airmata kita yang berharga ini untuk lelaki yang tidak tahu menjaga perasaan kita..berbaloikah???

persoalan yang timbul..

jadikan airmata kita ini untuk hari bahagia kita..bukannya hari kesedihan kita..tekadkan semangat dan usaha untuk mencapai yang lebih baik lagi dari yang dulu..percayalah bahawa Allah itu Maha Penyanyang...mohon lah kepada-Nya..

bukakanlah pintu hati kita...kesatkanlah airmatamu wahai wanita..lupakan yang dulu..bukalah buku baru..ingatlah...bangunlah...jangan mudah menyerah kalah...

INSYAALLAH.....
ASALAMUALAIKUM...

No comments:

Post a Comment