Friday 20 January 2012

cinta yang pertama sekali sukar dilupakan...

Seringkali kita mendengar kalimah pujangga “patah tumbuh hilang berganti”.Melafazkannya melalui intonasi kata-kata memang mudah,tetapi kita juga sedar bahawa hati ini tidak dapat menerima hakikat tersebut.

Sebenarnya gua benci cinta pandang pertama,sungguh menyeksakan untuk melupakan dirinya,walaupun se’rock dan se’ganas manapun diri kita,pastinya tewas dengan perasaan rindu yang mendalam terhadap dirinya.

Realitinya kenapa perlu melupakan cinta pandang pertama kita?seperti yang di’ajar dan di’syorkan oleh orang lain.Mengapakan kita tidak menyimpannya secara rahsia sebagai kenangan yang terindah di hati kita walaupun kita sudah memiliki cinta baharu?

Cinta pertama yang memberikan pengalaman pertama kita untuk memulakan anjakan paradigma belajar menerima dan mencintai insan lain

Belajar lebih memahami

Belajar untuk lebih berbagi

Belajar untuk mengawal perasaan egois

Saat pertama kalinya kita merasakan debar yang tidak biasa.Disini bermulalah saat tumpahnya keindahan cinta dan mula ber’imiginasi kebahagiaan gara-gara cinta tersebut

Cinta pandang pertama itu mengajar kita megenal sesuatu yang tidak pernah kita kenal sebelum ini terasa tarikan graviti perasaan saling sayang meyayangi.Sesungguh ianyanya meninggalkan kesan yang sangat mendalam kerana semuanya serba-serbi pertama kali.

Haruslah diingatkan yang pertama adalah yang berkesan,baik atau buruk kesannya terpulang pada kesetiaan salah seorang daripadanya.Cinta pertama juga merupakan perjalanan awal yang memberi kita petunjuk untuk mengenali insan lain dengan lebih berhati-hati

Jesteru itu cinta pertama atau dalam bahasa saintifik’lovelynya “First Love never die” memang tidak boleh dilupakan,ada juga yang menganggap bahawa memang cinta pertama tidak pernah mati.

Disebalik perpisahan yang melukakan disebabkan cinta pertama,ada hikmah untuk kita.Mencintai seseorang itu tidak semestinya dapat memiliki dirinya.Iyanya juga menjadi kekuatan untuk meneruskan hidup kita

Konklusinya kenapa harus dilupakan cinta pandang pertama? sesakit dan sepahit manapun kisahnya, cinta pertama kita telah memberikan begitu banyak erti, pemahaman, kedewasaan dan kematangan sebagai bekal untuk menempuh cinta baharu.

teman tapi mesra

PERHUBUNGAN JENIS INI MEMANG WUJUD!BERSEDIAKAH ANDA?
Dimana jua lokasi anda berada,pastinya anda akan menjumpai perhubungan jenis ini.Mereka nampak serasi dan akrab tetapi pada hakikatnya mereka tidak bercinta.Persoalan ini akan terus bermain diminda kita.Apatah lagi kalau perkara ini berkaitan dengan orang yang rapat dengan kita,especially rakan sepengajian mahupun rakan sekerja kita.




Realitinya beginilah jika kita merencanakan perhubungan kita secara positif ataupun tiada niat buruk disebaliknya,akan terbinalah perhubungan jenis ini.Walaupun masing-masing dah mempunyai kekasih.Pada mereka perhubungan ini adalah normal,tapi orang disekeliling mereka pula yang akan menyalah’tafsirkan status hubungan mereka.

Secara jujurnya perhubungan jenis ini,berlaku pada diri gua (Teman Tapi Mesra,dalam bahasa sopannya ).Jika anda melalui perhubungan jenis ini ataupun pada yang baru nak berjinak-jinak dengan perhubungan berkonsepkan “Teman Tapi Mesra pastinya anda akan terdedah pada perkara berikut


GOSIP-GOSIP LIAR
Perkara ini memang tidak dapat dielak’kan apatah lagi kalau anda sudah mempunyai kekasih mahupun tunang,Secara tidak langsung anda akan dilabelkan sebagai playboy or playgirl.Bersedialah untuk menghadapinya ok!

**Mulut manusia biasalah tu,rakan baik depa sendiri pun,depa fitnah..ahakzz

HADIR PERASAAN CEMBURU
Inilah dinamakan keunikan yang ada pada manusia,tipulah kalau tiada secebis pun kasih sayang dalam perhubungan jenis ini.Sentiasalah berfikiran positif,pujuk hati bahawa kita hanyalah “teman tapi mesra”

**Definasi kasih sayang terlalu meluas,terlalu sukar untuk digambarkan

TERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI BIASA
Jangan pula sudah ada “teman tapi mesra”kita sudah tidak mahu mencari pasangan hidup.Kalaulah berlaku perkara sebegini bermakna kita sudah melanggar akta Teman Tapi Mesra tu..hehehe

**Perlulah di’ingat Teman Tapi Mesra ni tidak akan menjadi peneman kita seumur hidup

MEMBERI HARAPAN
Dalam situasi ini kita perlu berhati-hati,jangan sesekali memberi harapan yang menggunung,ataupun janji-janji yang membolehkan hati salah seorang daripada kita terluka

**Manusia mudah terpengaruh dengan kata-kata,Jika kita rasa kata-kata itu tidak dapat dilaksanakan jangan hanya pandai bermain dengannya,kelak nanti diri yang merana

(PH)’KAN KEMESRAAN (NEUTRAL)
Jangan membuatkan diri salah orang daripada kita menjadi istimewa,tambah-tambah lagi kepada perempuan,sebagai contoh yang terdekat,Tarikh hari lahir,cukuplah sekadar dengan membuat ucapan!Jangan mula membuat kejutan yang ekstrem sehingga meninggalkan impak yang mendalam dihatinya.

**Sifat perempuan,mereka mudah cair jika diri mereka dihargai,tidak mustahil mereka akan menyimpan perasaan terhadap kita (Lelaki)

SEMPADAN’KAN SENTUHAN
Ingat!!kawal’lah semaksimum’nya diri kita daripada melakukan aktiviti sentuhan bahasa tubuh,renungkan kembali batas-batas pengaulan diantara lelaki dan perempuan.Kalau secara tidak sengaja disebabkan refleksi sosialogi anggota badan secara spontan tu,tak pe kot tapi jangan pula guna alasan ini untuk lakukan rangsangan sentuhan lagi..hahaha

TAMAT’KAN PERHUBUNGAN
Jika perhubungan Teman Tapi Mesra ini,mendatangkan implikasi negatif terhadap kita dengan orang yang kita sayangi(Kekasih)ambil’lah langkah drastik ini.Putuskan hubungan ini.Hubungan jenis ini tidak akan pergi jauh

Tetapi tidak mustahil hubungan jenis ini akan berubah menjadi perhubungan cinta!!If you not believe but believe la…hahaha

Nota Nakal : Teman tapi Mesra tidak akan wujud kalau salah seorang daripada kita tidak gatai maqela....



]