Friday 20 January 2012

teman tapi mesra

PERHUBUNGAN JENIS INI MEMANG WUJUD!BERSEDIAKAH ANDA?
Dimana jua lokasi anda berada,pastinya anda akan menjumpai perhubungan jenis ini.Mereka nampak serasi dan akrab tetapi pada hakikatnya mereka tidak bercinta.Persoalan ini akan terus bermain diminda kita.Apatah lagi kalau perkara ini berkaitan dengan orang yang rapat dengan kita,especially rakan sepengajian mahupun rakan sekerja kita.




Realitinya beginilah jika kita merencanakan perhubungan kita secara positif ataupun tiada niat buruk disebaliknya,akan terbinalah perhubungan jenis ini.Walaupun masing-masing dah mempunyai kekasih.Pada mereka perhubungan ini adalah normal,tapi orang disekeliling mereka pula yang akan menyalah’tafsirkan status hubungan mereka.

Secara jujurnya perhubungan jenis ini,berlaku pada diri gua (Teman Tapi Mesra,dalam bahasa sopannya ).Jika anda melalui perhubungan jenis ini ataupun pada yang baru nak berjinak-jinak dengan perhubungan berkonsepkan “Teman Tapi Mesra pastinya anda akan terdedah pada perkara berikut


GOSIP-GOSIP LIAR
Perkara ini memang tidak dapat dielak’kan apatah lagi kalau anda sudah mempunyai kekasih mahupun tunang,Secara tidak langsung anda akan dilabelkan sebagai playboy or playgirl.Bersedialah untuk menghadapinya ok!

**Mulut manusia biasalah tu,rakan baik depa sendiri pun,depa fitnah..ahakzz

HADIR PERASAAN CEMBURU
Inilah dinamakan keunikan yang ada pada manusia,tipulah kalau tiada secebis pun kasih sayang dalam perhubungan jenis ini.Sentiasalah berfikiran positif,pujuk hati bahawa kita hanyalah “teman tapi mesra”

**Definasi kasih sayang terlalu meluas,terlalu sukar untuk digambarkan

TERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI BIASA
Jangan pula sudah ada “teman tapi mesra”kita sudah tidak mahu mencari pasangan hidup.Kalaulah berlaku perkara sebegini bermakna kita sudah melanggar akta Teman Tapi Mesra tu..hehehe

**Perlulah di’ingat Teman Tapi Mesra ni tidak akan menjadi peneman kita seumur hidup

MEMBERI HARAPAN
Dalam situasi ini kita perlu berhati-hati,jangan sesekali memberi harapan yang menggunung,ataupun janji-janji yang membolehkan hati salah seorang daripada kita terluka

**Manusia mudah terpengaruh dengan kata-kata,Jika kita rasa kata-kata itu tidak dapat dilaksanakan jangan hanya pandai bermain dengannya,kelak nanti diri yang merana

(PH)’KAN KEMESRAAN (NEUTRAL)
Jangan membuatkan diri salah orang daripada kita menjadi istimewa,tambah-tambah lagi kepada perempuan,sebagai contoh yang terdekat,Tarikh hari lahir,cukuplah sekadar dengan membuat ucapan!Jangan mula membuat kejutan yang ekstrem sehingga meninggalkan impak yang mendalam dihatinya.

**Sifat perempuan,mereka mudah cair jika diri mereka dihargai,tidak mustahil mereka akan menyimpan perasaan terhadap kita (Lelaki)

SEMPADAN’KAN SENTUHAN
Ingat!!kawal’lah semaksimum’nya diri kita daripada melakukan aktiviti sentuhan bahasa tubuh,renungkan kembali batas-batas pengaulan diantara lelaki dan perempuan.Kalau secara tidak sengaja disebabkan refleksi sosialogi anggota badan secara spontan tu,tak pe kot tapi jangan pula guna alasan ini untuk lakukan rangsangan sentuhan lagi..hahaha

TAMAT’KAN PERHUBUNGAN
Jika perhubungan Teman Tapi Mesra ini,mendatangkan implikasi negatif terhadap kita dengan orang yang kita sayangi(Kekasih)ambil’lah langkah drastik ini.Putuskan hubungan ini.Hubungan jenis ini tidak akan pergi jauh

Tetapi tidak mustahil hubungan jenis ini akan berubah menjadi perhubungan cinta!!If you not believe but believe la…hahaha

Nota Nakal : Teman tapi Mesra tidak akan wujud kalau salah seorang daripada kita tidak gatai maqela....



]

No comments:

Post a Comment