Friday 20 January 2012

cinta yang pertama sekali sukar dilupakan...

Seringkali kita mendengar kalimah pujangga “patah tumbuh hilang berganti”.Melafazkannya melalui intonasi kata-kata memang mudah,tetapi kita juga sedar bahawa hati ini tidak dapat menerima hakikat tersebut.

Sebenarnya gua benci cinta pandang pertama,sungguh menyeksakan untuk melupakan dirinya,walaupun se’rock dan se’ganas manapun diri kita,pastinya tewas dengan perasaan rindu yang mendalam terhadap dirinya.

Realitinya kenapa perlu melupakan cinta pandang pertama kita?seperti yang di’ajar dan di’syorkan oleh orang lain.Mengapakan kita tidak menyimpannya secara rahsia sebagai kenangan yang terindah di hati kita walaupun kita sudah memiliki cinta baharu?

Cinta pertama yang memberikan pengalaman pertama kita untuk memulakan anjakan paradigma belajar menerima dan mencintai insan lain

Belajar lebih memahami

Belajar untuk lebih berbagi

Belajar untuk mengawal perasaan egois

Saat pertama kalinya kita merasakan debar yang tidak biasa.Disini bermulalah saat tumpahnya keindahan cinta dan mula ber’imiginasi kebahagiaan gara-gara cinta tersebut

Cinta pandang pertama itu mengajar kita megenal sesuatu yang tidak pernah kita kenal sebelum ini terasa tarikan graviti perasaan saling sayang meyayangi.Sesungguh ianyanya meninggalkan kesan yang sangat mendalam kerana semuanya serba-serbi pertama kali.

Haruslah diingatkan yang pertama adalah yang berkesan,baik atau buruk kesannya terpulang pada kesetiaan salah seorang daripadanya.Cinta pertama juga merupakan perjalanan awal yang memberi kita petunjuk untuk mengenali insan lain dengan lebih berhati-hati

Jesteru itu cinta pertama atau dalam bahasa saintifik’lovelynya “First Love never die” memang tidak boleh dilupakan,ada juga yang menganggap bahawa memang cinta pertama tidak pernah mati.

Disebalik perpisahan yang melukakan disebabkan cinta pertama,ada hikmah untuk kita.Mencintai seseorang itu tidak semestinya dapat memiliki dirinya.Iyanya juga menjadi kekuatan untuk meneruskan hidup kita

Konklusinya kenapa harus dilupakan cinta pandang pertama? sesakit dan sepahit manapun kisahnya, cinta pertama kita telah memberikan begitu banyak erti, pemahaman, kedewasaan dan kematangan sebagai bekal untuk menempuh cinta baharu.

teman tapi mesra

PERHUBUNGAN JENIS INI MEMANG WUJUD!BERSEDIAKAH ANDA?
Dimana jua lokasi anda berada,pastinya anda akan menjumpai perhubungan jenis ini.Mereka nampak serasi dan akrab tetapi pada hakikatnya mereka tidak bercinta.Persoalan ini akan terus bermain diminda kita.Apatah lagi kalau perkara ini berkaitan dengan orang yang rapat dengan kita,especially rakan sepengajian mahupun rakan sekerja kita.




Realitinya beginilah jika kita merencanakan perhubungan kita secara positif ataupun tiada niat buruk disebaliknya,akan terbinalah perhubungan jenis ini.Walaupun masing-masing dah mempunyai kekasih.Pada mereka perhubungan ini adalah normal,tapi orang disekeliling mereka pula yang akan menyalah’tafsirkan status hubungan mereka.

Secara jujurnya perhubungan jenis ini,berlaku pada diri gua (Teman Tapi Mesra,dalam bahasa sopannya ).Jika anda melalui perhubungan jenis ini ataupun pada yang baru nak berjinak-jinak dengan perhubungan berkonsepkan “Teman Tapi Mesra pastinya anda akan terdedah pada perkara berikut


GOSIP-GOSIP LIAR
Perkara ini memang tidak dapat dielak’kan apatah lagi kalau anda sudah mempunyai kekasih mahupun tunang,Secara tidak langsung anda akan dilabelkan sebagai playboy or playgirl.Bersedialah untuk menghadapinya ok!

**Mulut manusia biasalah tu,rakan baik depa sendiri pun,depa fitnah..ahakzz

HADIR PERASAAN CEMBURU
Inilah dinamakan keunikan yang ada pada manusia,tipulah kalau tiada secebis pun kasih sayang dalam perhubungan jenis ini.Sentiasalah berfikiran positif,pujuk hati bahawa kita hanyalah “teman tapi mesra”

**Definasi kasih sayang terlalu meluas,terlalu sukar untuk digambarkan

TERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI BIASA
Jangan pula sudah ada “teman tapi mesra”kita sudah tidak mahu mencari pasangan hidup.Kalaulah berlaku perkara sebegini bermakna kita sudah melanggar akta Teman Tapi Mesra tu..hehehe

**Perlulah di’ingat Teman Tapi Mesra ni tidak akan menjadi peneman kita seumur hidup

MEMBERI HARAPAN
Dalam situasi ini kita perlu berhati-hati,jangan sesekali memberi harapan yang menggunung,ataupun janji-janji yang membolehkan hati salah seorang daripada kita terluka

**Manusia mudah terpengaruh dengan kata-kata,Jika kita rasa kata-kata itu tidak dapat dilaksanakan jangan hanya pandai bermain dengannya,kelak nanti diri yang merana

(PH)’KAN KEMESRAAN (NEUTRAL)
Jangan membuatkan diri salah orang daripada kita menjadi istimewa,tambah-tambah lagi kepada perempuan,sebagai contoh yang terdekat,Tarikh hari lahir,cukuplah sekadar dengan membuat ucapan!Jangan mula membuat kejutan yang ekstrem sehingga meninggalkan impak yang mendalam dihatinya.

**Sifat perempuan,mereka mudah cair jika diri mereka dihargai,tidak mustahil mereka akan menyimpan perasaan terhadap kita (Lelaki)

SEMPADAN’KAN SENTUHAN
Ingat!!kawal’lah semaksimum’nya diri kita daripada melakukan aktiviti sentuhan bahasa tubuh,renungkan kembali batas-batas pengaulan diantara lelaki dan perempuan.Kalau secara tidak sengaja disebabkan refleksi sosialogi anggota badan secara spontan tu,tak pe kot tapi jangan pula guna alasan ini untuk lakukan rangsangan sentuhan lagi..hahaha

TAMAT’KAN PERHUBUNGAN
Jika perhubungan Teman Tapi Mesra ini,mendatangkan implikasi negatif terhadap kita dengan orang yang kita sayangi(Kekasih)ambil’lah langkah drastik ini.Putuskan hubungan ini.Hubungan jenis ini tidak akan pergi jauh

Tetapi tidak mustahil hubungan jenis ini akan berubah menjadi perhubungan cinta!!If you not believe but believe la…hahaha

Nota Nakal : Teman tapi Mesra tidak akan wujud kalau salah seorang daripada kita tidak gatai maqela....



]

Saturday 17 September 2011

CERPEN PEREMPUAN DIPERMAINKAN OLEH SEORANG LELAKI....




BERMULA LA KISAH NYA....

Hai awak, bleh tak sy nak berkenalan dgn awk ? sy nak sangat kawan dgn awak Iman...tolonglah terima sy sebagai kawan awk dulu...pleaseee Iman...
Itulah paparan mesej yang baru sahaja Iman terima.’’Huh, mamat ni lagi. Tak habis-habis ganggu hidup aku. Hari –hari mesej aku cakap benda yang sama. Aku cakap tak nak dia tetap jugak kacau-ka...cau aku.’’ luah Nurul Iman Adrianna kepada Nur Alia Arisya, sahabat baiknya. ‘’Ala Iman kau layan jelah mamat tu, untung nasib boleh jadik pakwe kau, hehehe’’ujar Lia sambil tersenyum kambing pada Iman. Iman menjegilkan matanya pada Lia ‘’haaaa apa kata , kalau kau nak sangat kau jelah layan mamat tu. Aku tak naklah layan dia. Dah lah tak kenal tiba-tiba je hantar mesej kat aku nak kenal-kenal dengan aku. Entah datang dari mana pun aku tak tahu. Kang tak pasal-pasal dia permainkan hati aku perasaan aku macammana?? Sapa nak jawab?? ‘’ soal Iman pada Lia.
‘’Hmmm betul jugak cakap kau tu Iman. Kang tak pasal-pasal kawan aku nih makan hati berulam airmata pulak’’ Lia berkata sambil mengerutkan mukanya. ‘’ Yang kau berkerut-kerut ni napa? Hihihi janganlah buat muka camtu nanti hilang kecomelan muka kau tu tahu tak’’gelak Iman.’’ jangan marah Lia aku gurau je’’gurau Iman kepada Lia. Alia mempertahankan dirinya ‘’ehhh kau cakap baik sikit tau,aku walau buat mimik muka macamana pun tetap comel tau..hahaha... takdelah Iman,aku Cuma fikirkan tentang mamat tu,napa tak habis-habis dok kacau kau. Apa ekk yang dia nak dari kau? Betul ke dia ikhlas nak kawan dengan kau atau dia ada maksud lain?’’ Iman mengeluh sambil membetulkan posisi badannya ‘’ entahlah Lia,aku pun tak tau apa yang dia nak dari aku. Nampak macam betul-betul ikhlas nak kawan dengan aku. Dah hampir sebulan dia mesej aku tanpa jemu semata-mata nak kawan dengan aku. Aku bukan taknak terima tapi aku takut dia ada simpan muslihat. Yelah, dari mana dia dapat nombor telefon aku pun aku tak tahu. Tu yang buat aku takut tu.’’ Terang Iman.’’ Apa kata kau terima je dulu. Kau kawan je dengan dia,mana tau dia betul-betul ikhlas dengan kau’’pujuk Lia. ‘’ hmmm nantilah aku fikirkan dulu. Ehh Lia jomlah kita g sekarang,nanti terlewat pulak kita sampai kelas’’ kata Iman sambil bangun melangkah menuju ke pintu.
**********************************************************************************
Salam..Iman boleh tak sy nak kawan dengan awk? Dah lama sy nak kenal dgn awk.. sy bekenan sgt ngn awk..please Iman..terima sy sebagai kawan awk..Iman akhirnya membalas mesej tersebut.
Oklah..sy terima awk sebagai kawan sy.. tapi tolong jangan main-mainkan perasaan sy..sy terima awk sebagai kawan sy seikhlas hati..Jadi sy harap pun awk seikhlas hati nak kawan dengan sy tanpa apa-apa niat..boleh awak berjanji takkan permain dan pergunakan sy untuk sebarang tujuan? Sebelum tu,siapa awk ni? Nama awak apa?mana awak dapat nombor sy?
Dan 5 minit kemudian lelaki tersebut pun membalas mesej Iman
Nama sy Hafiz Arif student Uitm jugak ambik kursus kejuruteraan mekanikal. Sy mintak nombor fon awk pada member awk..tak perlulah sy ckp sape dia sb sy dah janji dgn dia takkan bgtaw identiti dia. Terima Kasih sebab sudi terima sy jadik kawan awk. Happy sgt2 sb awk sudi jugak nak kawan dgn sy Iman. Sy berjanji takkan permainkan awk dan sy jugak iklas bkawan dgn awk ..
Iman membaca mesej itu berulang kali sambil memikirkan siapakah yang member nombornya kepada Hafiz. ‘’hmmm lantaklah sapa pun yang bagi..dah penat nak fikir’’ Iman berkata-kata didalam hatinya.
**********************************************************************************
Hari demi hari hubungan Iman dengan Hafi bertambah erat. Walaupun mereka tidak pernah bertentang mata namun keakraban mereka melebihi segala-galanya.
Hari ini genaplah 3 bulan perkenalan mereka.Mereka belum berkesempatan untuk berjumpa kerana Iman masih belum bersedia untuk bertemu Hafiz . mereka hanya berkirim gambar sahaja melalui MMS. Walau bagaimanapun, Hafiz sering melihat Iman dari jauh. Hafiz amat tertarik dengan sikap Iman yang sentiasa ceria bersama teman-temannya. Hal itulah yang menyebabkan Hafiz benar-benar ingin mengenali Iman. Sekarang Iman dan Hafiz sedang bercuti pertengahan semesta. Iman berada di kampungnya yang terletak di Pahang manakala Hafiz masih di Shah Alam kerana bekerja secara sambilan di sebuah Hotel yang terletak di Subang Jaya.Tepat pukul 12 malam Hafiz menelefon Iman dan menjelaskan isi hatinya kepada Iman.‘’Iman, Fiz nak luahkan sesuatu pada Iman..Fiz sebenarnya dah lama jatuh cinta pada Iman tp Fiz takut nak luahkan sebab takut Iman menjauhkankan diri dari Fiz andai Fiz terus terang. Fiz jatuh cinta pada Iman sejak pertama kali terpandang Iman.’’ Hafiz memghentikan ayatnya sambil mengeluh. ‘’Iman, izinkan Fiz bertakhta dihati Iman, izinkan Fiz mencintai Iman. Fiz janji takkan hampakan Iman.Iman terkedu dengan pengakuan itu ‘’ erkkk, biar betul Fiz?? Iman tak tau nak cakap macammana sebab terkejut sangat. Fiz yakin ke betul-betul cintakan Iman?’’‘’Fiz yakin Iman, Fiz betul-betul cintakan Iman.Iman terimalah Fiz jadi sebahagian dari hidup Iman’’. Rayu Hafiz.‘’Oklah Fiz, Iman terima Hafiz jadi sebahagian dari hidup Iman. Iman terima Fiz seadanya dan Iman harap Fiz juga terima Iman seadanya. Iman harap Fiz tak permainkan cinta Iman ’’.Hafiz menjawab, ‘’ Iman,fiz janji takkan sekali-kali permainkan hati,cinta dan perasaan Iman. Fiz janji’’.
********************************************************************************
‘’ Iman, Fiz dapat tawaran kerja offshore dengan Exxonmobil. Fiz dah berhenti belajar. Jadi, kita terpaksa tangguh dululah pertemuan kita sebab 21 Jun ni Fiz dah nak kene lapor diri. Mungkin lambat lagilah kita boleh jumpa sebab lepas ni Fiz sibuk dengan training selama 1 tahun. Harap Iman sabar ye. Fiz kerja ni pun sebab nak kumpul duit. Nanti dah cukup duit kita kahwin yea sayang. Iman bagi masa kat Fiz setahun untuk kumpul duit,InsyaAllah tahun depan kita kahwin’’ jelas Fiz pada Iman.'’ Yelah Fiz, Iman faham. Fi jangan curang dengan Iman ye. Iman betul-betul da mula cintakan Fiz. Iman harap Fiz sentiasa setia dengan Iman sebab Iman tak pernah curang dengan Fiz’’ ujar Iman sambil menahan sebak. Sedih dengan berita yang baru disampaikan oleh Hafiz.Hafiz memujuk Iman, ‘’ sayang janganlah sedih, Fiz pergi kerja cari rezeki,kan kita nak kahwin. Iman jangan sedih-sedih ye. Fiz selalu ada untuk Iman.’’Bulan berganti bulan, hubungan mereka makin rapat. Iman semakin mencintai Hafiz. Hubungan mereka sudah melewati usia setahun namun mereka masih belum berkesempatan untuk berjumpa memandangkan kerjaya Hafiz yang baru bermula membuatkan Hafiz sukar memohon cuti.Walaupun pergaduhan kecil sering berlaku disebabkan kesukaran mereka untuk berjumpa namun semua itu bukan alasan untuk Iman curang.Salam, hai Iman. Apa khabar? Iman sihat?-Abang wan- Iman mengenali pemuda itu. Dia adalah sahabat baik Hafiz. Salam..Alhamdulillah iman sihat abg..abg sihat x? Berapa lama cuti? Sama dengan Fiz jugak ke?
Hubungan Iman dengan wan rapat seperti abang dan adik. Wan juga bekerja satu tempat dengan Hafiz. Iman dan Wan sering berbalas mesej. Iman amat senang dengan sikap Wan yang amat prihatin terhadapnya. Walaupun Iman tidak pernah berjumpa dan bercakap dengan Wan didalam telefon namun dia tahu Wan seorang abg yang baik. Manakala hubungan Iman dengan Hafiz tetap utuh dan semakin mekar walaupun dari kejauhan.
*********************************************************************************
Tett..tett... bunyi nada mesej dari telefon Iman. Iman membuka mesej tersebut dan mendapati pengirimnya adalah Abg Wan..Salam.. Iman tengah buat apa tu? Iman abg ada 1 perkara nak bagitahu Iman. Iman dah bersedia ke nak dengar??
Berdebar-debar jantung Iman tatkala membaca mesej tersebut
Salam abg.. Iman tak buat apa-apa,baru sudah masak je ni.. Yea abg.napa ehh?? Ada perkara mustahak ke yang abg nak bgtaw? Iman sedia nak dengar. Cakaplah bang.
Tak lama kemudian Iman tiba-tiba menerima panggilan telefon dan tertera nama ‘Abg Wan’.
‘’Hello’’ Iman memulakan berbualan.
‘’Hello Iman’’, Wan menjawab.
Dada Iman berdegup kencang keran itu adalah suara Hafiz!!! Bagaimana suara hafiz tapi yang sedang bercakap itu adalah wan?? Semua itu menjadi tanda Tanya pada Iman.
Ni sapa? Abg Wan ke Hafiz?? Kenapa suara Hafiz tapi yang naik nombor abg??
Iman menyoal Wan..
‘’Iman, ni Abang Wan. Abg nak terus terang kat Iman. Abang dah tak sanggup nk tipu Iman lagi. Iman, sebenarnya Hafiz da hampir 8 bulan tipu Iman. Hafiz sebenarnya dah kahwin semasa kalian tengah bercinta. Dia kahwin semasa hubungan kalian lebih kurang setahun. Dia paksa abg ganti tempat dia untuk jaga Iman. Sim kad dia ada pada abg.selama itulah juga Iman mesej dan bercakap dengan abg bukan dengan Fiz. Suara kami memang sama. Sebab tulah Iman tak dapat cam antara suara abg dan dia. Maafkan abang Iman kerana sebab kawan abang pun sanggup tipu Iman’’. Terus tenag Wan kepada Iman.
Bagai halilintar membelah bum, dihujung talian Iman sudah mula tersedu sedan. Sukar digambarkan dengan kata-kata betapa terlukanya Iman di kala itu. Satu penipuan yang amat sukar digambarkan dengan kata-kata.
‘’abang,apa salah Iman? Mengapa Fiz sanggup buat Iman macam ni? Mengapa dia tak terus terang dengan Iman? Apa dosa Iman pada dia? Hina sangatkah Iman pada dia sampai sanggup tipu Iman? Mengapa dulu berjanji dengan Iman akhirnya dia sendiri mungkiri janji? Napa abang juga tipu Iman? Napa abang ?? Hancur hati Iman abang tahu x? Cinta yang Iman beri,ini yang dia balas. Setelah Iman cinta sepenuh Hati pada dia, setelah bermacam-macam pengorbanan yang Iman lakukan ini balasan dia. Patutlah susah nak jumpa bermacam-macam alasan tercipta. Sampai hati dia buat Iman macam ni’’ sendu Iman.
‘’ Iman maafkan abang. Abang tersepit antara Iman dan Kawan baik abang. Fiz minta abang jaga Iman sementara dia ceraikan isterinya sebab tu abang sanggup ganti tempat dia sekejap. Abang tak mahu hubungan kalian putus. Tapi sekarang Fiz da hilangkan diri. Abang dah tak tahu kemana dia pergi. Maafkan abang Iman, maafkan abang abg berdosa pada Iman. Hidup abang tak tenang Iman. Abang nakk terus terang dengan Iman namun abang tak sanggup kerana abang mula jatuh cinta dengan Iman.abang takut kehilangan Iman’’.
Iman mematikan talian kerana sudah tidak mampu mendengar apa-apa penjelasan lagi dari Wan. Ketika itu Iman amat terluka dengan perbutan kedua-duanya yang sanggup menipu dirinya. Iman menangis dan terus menangis. Hancur hatinya mendengar khabar yang tidak pernah dijangka. Sia-sia cintanya selama ini langsung tak dihargai oleh lelaki yang hanya pandai menabur janji. Dan Iman pun menangis sepuas-puasnya dengan pendustaan demi pendustaan yang dia terima. 'YA Allah pilunya hatiku pedihnya aku menangung semua ini..mengapa disaat aku mencintainya dia permainkan hatiku..mengapa aku tertipu..sukarnya nak menerima kenyataan pilu ini..Ya ALLAH kuatkan hatiku tabahkan aku''
Kini, tawar sudah hatinya untuk dimiliki dan mencintai. Biarlah masa yang menentukan segala-galanya. Iman pasrah dengan suratan takdir. Biarlah Hafiz bahagia diatas penipuan yang dia cipta.


ohhhh. sian kan dekat perempuan tu. hmm, aku taktau laa ape motif nye laki tu berjanji bagai nak kahwin laaa.. nak cari rezeki untuk kahwin dgn pempuan tu laaa.. alih-alih dia dah kahwin dulu... so, senang citer macam ni laaa.. bercinta ni.. janji je lebih..tapi jarang sangat tertunai nye.. macam dalam cerpen dkat atas ni.. konon janji taknak sakiti hati prempuan tu laaa.. nak kahwin dengan perempuan tu laa.. tapi, alih-alih benda lain yang jadi... aku rasa sangat kesian terhadap kondusi perempuan tu sekarang. hey iman! jom la kahwin dengan sy, perlu ke kahwin dengan sy? mesti la perlu.. sebab, saya JANJI takkan sakiti hati awak macam HAFIZ buat kat awak. kbai .

Tuesday 23 August 2011

SaYa sAYaNg dEpA.....KeNaLi kAwAn sAyA



ni la dya amalina umirah ahmad fauzi..malam ni kami menangis bersama-sama hnya kerana lelaki.. dahsyat kan kami..haha..perkara yang x djangka langsung yang akan kami buat..

sudah la guna fon untuk contact..nangis lak cm bdk kecik..tersedu sedan gk r..seyes aq x sangka amel pon da msalah yang srupa dgn aq...sabo je la kan amel..

macam unk kata la..nangis kenapa untuk lelaki yang belum tentu jadi hak kita..so, bak kata amel..jgn dok nangis da la...amel kita kna sabo jela..haha

soalan wajib yang akan dtnya adalah tentang BILA UNK NK BLIK KEDAH?????
mmg da jd soalan yg wajib dah la 2
bila blik umah ja..kmi akan sembang x ingat dunia..sampai ada la 1 ary mak kami mrah sbb sembang mcm nk pecah satu rumah..haha

jujurnya mmg tension bila cakap dengan amel...terutamanya bila dya bidas org..maklumlah lma x jmpa... dan yang paling dya ingat adalah seorg lagi kawan terbaik kami yang comeiyy nnie...


di sebelah kiri nie..nma dya siti nur shahirah azizan....haha...kawan karib dengan amel..macam adik bradik kan depa dua org nie...

shahirah ni kadang2 suka prasan sniri...pminat korea nombor 1 la katakan...smua dya knl bila tnya sipa dya artis korea ni...JGN MARAH YA SHAHIRAH

shahirah bila dapat sembang dengan amel sampai 31 minit gk la gna fon aq td..haha...mmg dya wndu gila kt amel..spa x wndu kt amel...

mmg ramai yg kirim salam kt dya tadi dan masih soalan yang sama..BILA NAK BLIK KEDAH????...
nasib ko la amel oiiii....2 la nk pindsah sgt..kn da jaoh dgn kawan2

sbenarnya ramai lg kawan2 yg aq sayang..tp xkan nk tlis smua dalam 1 malam..malam ni aq start dgn 2 org dlu..malam yang lain plak aq start dengan org len plak..so adil la kan..

soe kpada smua jika aq da wt salah ka..tersilap kata ka..sory k..x sengaja ataupun sengja...
lagipon da nk rya xkn nk bermusuhan lagi kot...
don6x....TUHAN MARAH NANTI...

sampai sini shaja..
asalamualaikum..

Wednesday 10 August 2011

cArA MeNgHiLaNg KaN StReSs..

1. Apabila ada orang lain memaksakan kehendaknya pada kamu dan membebani kamu dengan kesulitannya, belajarlah mengatakan tidak! Karena ini lebih baik daripada kamu menderita dalam hati.

2. Jangan selalu tergantung pada orang lain, berusahalah mandiri.

3. Jangan berburuk sangka bahwa orang lain akan menghina atau membicarakan kamu.

4. Jangan selalu mengingat kesalahan di masa lalu, perasaan bersalah, penyesalan yang dalam dapat mempersulit, karena menguras segenap pikiran dan tenaga kamu.

5. Janganlah menyimpan kemarahan dan frustasi. Utarakan dan bicarakan dengan orang yang bertanggung jawab atas terjadinya hal tersebut.

6. Luangkan waktu setiap hari, dan mulailah kegiatan baru.

7. Janganlah menjadi pengendara yang agresif, mengalahlah pada ‘setan jalanan’. Jalankan kendaraan dengan sikap mengalah.

8. Janganlah menyimpan rasa dengki dan cemburu, karena rasa dengki dan cemburu memakan energi.

9. Jangan membiasakan sikap terburu-buru, sebab akan menjurus pada kesalahan, penyesalan dan stress.

10. Terakhir,tanamkan pada pikiranmu bahwa kamu bisa melawati masa-masa tertekan ini dengan penuh semangat! Karena Tuhan selalu bersamamu.

Sunday 31 July 2011

KeLeBihAn bUlAN rAmADaN....





Kelebihan Ramadan
Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
"Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)


"Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
"Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
"Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Wednesday 27 July 2011

CaRa mEnGaTaSi kEseDIhAn....

Kita semua pernah merasakan kehilangan. Namun, ketika kita kehilangan sesuatu yang sangat berarti dalam hidup kita — saat kita kehilangan ikatan dengan seseorang atau binatang kesayangan, pekerjaan yang sangat berarti, tujuan yang sangat penting, atau bahkan mungkin kehilangan pondasi iman, kita mengalami perasaan putus asa, tidak percaya, dan kesepian. Jika Anda kehilangan seseorang yang istimewa, rasa sakitnya bisa jadi besar sekali, seolah-olah Anda terjerumus ke dalam jurang yang dalam dan ditinggalkan. Anda mungkin merasakan kesedihan yang mendalam, bagaimana Anda bisa bertahan, bagaimana Anda dapat kembali memercayakan kasih Anda kepada orang lain.

Hidup seakan menjadi tidak nyata setelah kehilangan sesuatu yang sangat berarti. Belajar bagaimana cara menghadapinya, terlibat di dalamnya, dan masuk kembali ke dunia nyata ketika kita merasa sangat kesepian dan sedih adalah sebuah perjuangan yang terjadi dengan tingkat yang berbeda-beda untuk tiap orang. Meskipun tampaknya mustahil, ada beberapa hal spesifik yang dapat Anda kerjakan sekarang untuk membantu Anda melewati masa-masa sulit setelah kehilangan sesuatu yang amat berarti itu. Berikut ini dua belas ide yang bisa Anda gunakan.

Sediakanlah ruang dan waktu; jiwa Anda butuh waktu untuk pemulihan.
Berilah ruang bagi diri Anda sendiri. Kurangi harapan-harapan Anda dan santailah. Artinya, jangan menyiksa diri Anda jika proyek-proyek atau tujuan-tujuan tak terlaksana seperti yang diharapkan.

Ceritakanlah
Carilah teman dekat untuk mencurahkan perasaan Anda. Sangat penting untuk melepaskan kesedihan Anda dengan orang lain. Manusia diciptakan untuk menjadi makhluk sosial. Namun, imbangilah hal ini dengan menyisihkan waktu dan ruang untuk sendirian.

Katakan, "Selamat tinggal."
Buatlah sebuah surat perpisahan kepada seseorang yang telah meninggalkan Anda. Itu adalah salah satu jenis penghilangan emosi yang dapat membantu proses penyembuhan. Namun, jangan paksakan diri Anda. Lakukanlah hal ini bila Anda merasa bahwa apa yang Anda lakukan itu baik.

Kenanglah
Kumpulkan semua benda kenangan Anda bersama orang yang Anda cintai yang berupa foto, hadiah-hadiah, surat-surat, dan kartu-kartu. Tunjukkan koleksi tersebut kepada orang lain untuk membantu Anda mencurahkan perasaan Anda.

Menangislah
Menangislah jika Anda sudah siap. Anda mungkin dalam keadaan terguncang dan penyangkalan, bahkan tidak merasakan kesedihan selama beberapa waktu, jam-jam pertama, atau kadang-kadang bahkan beberapa hari setelah kehilangan. Namun, ketika saatnya emosi mulai muncul, biarkan air mata Anda mengalir.

Pergilah keluar!
Habiskan waktu untuk minum teh atau kopi di kafe, berkeliling di toko buku, atau jalan-jalan di pertokoan atau di taman.

Carilah dukungan.
Bicaralah dengan orang-orang yang dalam hidupnya sudah pernah mengalami kehilangan.

Ampunilah
Anda mungkin berpikir atau mengatakan "Saya seharusnya .... Saya seharusnya tidak .... Saya dapat .... Jika saja saya dapat ...." Pikiran-pikiran tentang apa yang seharusnya dilakukan dan tidak dilakukan hanya akan membuat Anda gila. Tak ada manusia yang sempurna, jadi ampunilah diri Anda sendiri dan orang lain.

Mencari pelarian.
Pelarian bisa jadi hal yang sehat dalam dosis yang tepat dan bisa disalurkan dalam berbagai bentuk. Misalnya, seseorang yang dalam keadaan tertekan dapat menghabiskan banyak waktu untuk tidur. Hal ini sebenarnya merupakan bentuk mekanisme pertahanan tubuh. Jadi, carilah pelarian! Pergilah menonton ke bioskop, lakukanlah hobi baru, banyaklah tidur siang, atau lakukanlah suatu perjalanan.

Berdoalah
Baca dan renungkanlah Kitab Suci. Bacalah Mazmur 23, 139, 27; Yohanes 14:1—6, 11:25—26, Roma 8:31—39, 1Korintus 15:1—58, dan Wahyu 21:1—6. Biarkan Allah yang memulihkan Anda.

Singkirkanlah yang negatif.
Hentikan pikiran-pikiran negatif — ingat, pikiran-pikiran itu mengubah unsur-unsur kimia dalam otak Anda menjadi hal-hal yang lebih buruk. Berhatilah-hatilah berada di antara orang-orang yang negatif. Jika memungkinkan, menjauhlah dari keadaan yang membuat Anda sedih (lihat "Larilah").

Berolahragalah
Jangan mengabaikan tubuh Anda. Sekali-sekali, pergilah ke pusat kebugaran, di mana Anda akan dikelilingi oleh banyak orang. Olah raga memperbaiki penghargaan diri dan menghasilkan hormon-hormon positif dalam tubuh Anda. Kenikmatan yang timbul saat endorfin dilepaskan selama berolahraga dapat memberikan hasil yang mengagumkan.